BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 8 Julai 2011

Ukhwah Islamiah

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., pembantu Nabi s.a.w., Baginda bersabda: شخص لا يعتقد انه يحب أخاه كما يحب نفسه. Maksudnya : Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (H.R. al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Para ulama berkata bahawa "tidak beriman" yang dimaksudkan dalam hadith di atas ialah "iman tidak sempurna", bukan tidak beriman langsung. Maknanya seorang itu tidak sempurna imannya apabila tidak mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. 

Abu Amr bin Shalah berkata:"Perbuatan seperti itu terkadang dianggap sukar untuk dilaksanakan seseorang. Sebenarnya tidak demikian, kerana apa yang dimaksudkan ialah iman seseorang tidak sempurna sehingga dia mencintai kebaikan untuk saudaranya sesama muslim seperti mencintai kebaikan untuk dirinya sendiri."

Perkara ini dapat dilaksanakan dengan melakukan sesuatu hal yang baik bagi dirinya, misalnya:
-Tidak berebut-rebut ditempat orang ramai .
-Tidak terniat untuk menghilangkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.
Perkara seperti ini sebenarnya mudah dilakukan oleh orang yang berhati baik, tetapi sulit dilakukan orang yang berhati jahat.

PENGAJARAN
1.Hubungan seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti jasad yang memiliki satu nyawa. Dia mencintai  saudaranya seperti mencitai dirinya sendiri.

2.Jauhilah perbuatan hasad dengki kerana ia bertentangan dengan kesempurnaan iman.

3.Iman boleh bertambah atau berkurang. Iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

4.Kita hendaklah bersatu hati sesama umat islam.

0 comments: