BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 6 Julai 2011

Rukun Islam Yang Lima

Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah Bin Umar Bin Al-Khattab R.A. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: تأسس الإسلام على خمسة جوانب : أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله هو والصلاة والزكاة والحج إلى الكعبة والصوم في رمضان. Maksudnya: Islam diasaskan kepada lima aspek: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah,menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan. (H.R. al-Bukhari dan Muslim)

1.KALIMAH SYAHADAH
Kalimah syahadah tentang keesaan Allah dan kekuasaan-Nya serta membenarkan kenabian Muhammad S.A.W merupakan hal yang paling asas berbanding rukun-rukun yang lain.

2.DIRIKAN SOLAT
Umat Islam dituntut agar mendirikan solat dengan sempurna dengan syarat dan rukunnya, adab-adabnya dan sunah-sunahnya agar dapat merasakan kemanisan buahnya dalam diri seorang muslim.
Dengan itu seseorng itu dapat meninggalkan perbuatan keji dan mungkar kerana solat itu mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.

3.MENGELUARKAN ZAKAT
Wajib mengeluarkan zakat daripada harta orang kaya yang telah cukup nisab (kuantiti) dan haul (tempoh) nya lalu memberikannya kepada asnaf.


4.MENUNAIKAN HAJI
Wajib menunaikan ibadah haji di Mekah apabila mampu.

5.PUASA
Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan. 

*Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada rukun islam tersebut maka dia bukan seorang muslim berdasarkan ijmak ulama'.

IMAN DAN AMAL
  Disamping rukun Islam yang lima ini banyak lagi perkara lain yang penting dalam Islam seperti sabda Nabi S.A.W. :
  "Iman itu terdapat tujuh puluh lebih cabang"
Islam adalah akidah dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman. Demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.

0 comments: