BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 30 September 2011

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku



                   Kisah ini dipetik dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".
      (kisah ini telah lama terjadi, sekadar peringatan buat semua di arus zaman yang kian moden sekarang)

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat tu menaiki sebuah mikrobas/bas  mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat  menjolok mata. Bajunya
agak nipis & seksi hampir terlihat segala yang patut di sembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas tu ada seorang tua yang di penuhi uban menegurnya...

 "Wahai pemudi.....alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang  baik,yang sesuai dengan ketimuran & adat serta agama Islam  kamu......itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yg pastinya  menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..."

 nasihat org tua itu . Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu di jawab oleh gadis itu dengan jawapan sinikal/mengejek,  "Siapalah kamu hai org tua?Apakah d tangan kamu ada anak kunci syurga?Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka???"

Setelah menghamburkan kata2 yang sangat menghiris perasaan org tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tak cukup setakat tu , si gadis  lantas cuba memberikan handphonenya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata2 yg lebih dahsyat.

"Ambil handphone ku ni dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam utk ku,"

katanya lagi lantas ketawa  berdekah-dekah tanpa mengetahui bahwasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis  manis. Sayang wajahnya yang ayu tak sama dengan perilakunya yang    buruk. Penumpang2 yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tak menghiraukan gadis yang masih muda tu yang tak menghormati hukum hakam agama dan mereka tak mau menasihatinya kerana khuatir dia  akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

10 min kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu   bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tak sedarkan diri. Tiba2 orang tua tadi memeriksa nadi  si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu  telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak di  sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.


 Dalam suasana kelam kabut pada waktu itu ,tiba2  tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar utk menyelamatkan  jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang  aneh menimpa  jenazah yang terbujur kaku d jalan raya. Mayatnya menjadi hitam  seolah-olah di bakar api .2-3 org yg cuba mengangkat mayat  tersebut juge kehairanan kerana tangan mereka terasa panas &  hampir melecur sebaik je menyentuh tubuh  mayat.   Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat  gadis itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis   malang tersebut.  Apakah hasratnya menempah sebuah bilik d neraka di makbulkan  Allah?

 Nauzubillah.....sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Semoga kita dapat menjadikan kisah di atas sebagai tauladan dan pengajaran buat diri sendiri . Jangan sekali-kali kita  mempertikaikan hukum Allah  mahu pun sunnah RasulNya s.a.w. dgn mempersendakan atau seumpama dengannya. Sesungguhnya perkara2 ini akan membawa kepada pembatalan iman .Mohon dijauhkan ya Allah ..

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian..tapi kematian  tetap akan berlaku kepada semua benda hidup di dunia yang kian rapuh ini ......Allah telah merancang semuanya dan DIA jugalah merupakan sebaik2 perancang dan penentu .Janganlah  menjadi orang yg bodoh..siapakah org yg bodoh tersebut ? Mereka2 tu lah org2   yg ingin melawan Tuhan Rabbul   alamin.  Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda   ingkar !. Sewaktu di sekolah anda terikat dgn undang2  skolah......dalam pekerjaan anda terikat dgn undang yg ditetapkan   oleh majikan anda..... dalam negeri, anda terikat  di bawah   undang2 negara  anda. Begitu taksub sekali anda terhadap semua undang2 tersebut  hingga    terlalu takut untuk melanggar undang2 tersebut.

 Apabila anda berpijak di bumi Allah, anda juga terikat dgn undang2 yg telah di gubal oleh Pemilik segala hati manusia .Oleh yang demikian, sama-samalah kita memohon kepada ALLAH agar  sentiasa memberi kita petunjuk ke  jalan yg benar & kekuatan supaya sentiasa dapat    memelihara lidah , amal perbuatan dan yang paling penting adalah HATI ..

* semoga DIA menduduki tempat teratas dalam hati kecil kita semua .. subhanAllah :) 

Sabtu, 17 September 2011

Batas-batas Dalam Berhias

Hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." Riwayat Ibnu Mas’ud

Huraian :

i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

Ahad, 4 September 2011

Dugaan Menghapuskan Dosa

Hadis :
Dari Abdullah r.a katanya:"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:"Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda:"Semoga!" Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." (Muslim)

Huraian :
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Menjaga Perasaan

Hadis :Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya." (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.

Roh Harum Dan Roh Busuk

Hadis :Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
(Muslim)

Huraian :
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.

Curian Syaitan

Hadis :
Dari Aisyah r.a katanya:" Aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal menoleh atau berpaling di dalam solat." Jawab baginda:"Hal itu adalah suatu kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang."
(Bukhari)

Huraian :Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat seperti memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat adalah mempamerkan sifat tidak berdisiplin seseorang itu ketika bersolat. Hal ini amat ditegah kerana Rasulullah SAW pernah memperkatakannya dalam sabda baginda yang bermaksud: Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke arah lain" (al-Bukhari dan Abu Daud ; fath al-Bari, 2/304 ) Juga sebuah hadith lain ada menyebut yang maksudnya: "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (at-Tirmidzi) Justeru, difahami dari tegahan ini bahawa kita disuruh agar menumpukan hati dan minda kepada Allah SWT semasa solat dan tidak lalai atau dilalaikan oleh sesuatu yang lain kerana itu adalah satu helah syaitan (curian syaitan) untuk menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT.