BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Antara Akal Dan Syahwat

Setelah suami Rabi'ah Al-Adawiyah meninggal dunai, maka Hasan al-Basri dan teman-temannya datang ke rumah Rabi'ah dan dipersilakan mereka masuk. Kemudian ditutup Rabi'ah tabir dan dia duduk di belakang seraya berkata : "Siapa yang paling pintar antara kalian maka dia adalah suami saya." ..Maka mereka menjawab : "Hasan al-Basri."
Rabi'ah berkata pula : "Bila dapat menjawab pertanyaan ku maka aku adalah milikmu."

Hasan segera berkata : "Tanyalah, semoga aku dapat menjawabnya."
Rabi'ah : "Apabila aku mati dan keluar dari dunia, apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?"
Hasan : "Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun ynag mengetahui kecuali ALLAH."
Rabi'ah : "Bila aku terletak di ruang liang kubur dan di tanya Malaikat Mukar dan Nakir, apakah aku dapat menjawab atau tidak?"
Hasan : "Itu juga hal yang ghaib dan tidak ada yang mengetahuinya kecuali ALLAH."
Rabi'ah : "Apabila oorang yang telah di kumpulkan pada hari kiamat diberikan kepada mereka catatan amalan masing-masing, dengan tangan kananku atau kirikukah aku akan menerima catatan amalan ku?"
Hasan : "Itu pun barang ghaib juga"

Lalu Rabi'ah berkata : "Hai Hasan, barang siapa yang tidak dapat menjawab empat pertanyaan yang saya ajukan , jangan berfikir untuk dapat mengahwini saya."

Kemudian Rabi'ah berkata untuk terakhir kalinya : "Hai Hasan, dalam beberapa bahagiankah ALLAH mencipta akal?"
Hasan menjawab : "Sepuluh bahagian, sembilan untuk laki-laki dan satu jenis perempuan "
Rabi'ah : "Dalam berapa bahagiankah ALLAH mencipta syahwat?"
Hasan menjawab : "Sembilan bahagian untuk wanita dan satu bahagian untuk laki-laki."

Rabi'ah berkata : "Hai Hasan, aku dapat menguasai sembilan syahwat dengan satu bahagian akal, sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan akal yang kamu dapat."

Dan keluarlah Hasan dari rumah Rabi'ah dengan tangis dan air mata bercucuran.

Tanda Amal Tidak Diterima Allah


Siapa yang melakukan empat macam kemudian ia tidak bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya.

Pertama : Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka orang itu tanda jihadnya tidak diterima ALLAH.

Kedua : Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka tandanya puasanya tidak diterima .

Ketiga : Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.

Keempat : Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.

Seorang hakim berkata :

* Siapa yang mengaku tiga perkara di bawah , maka dia ditertawakan syaitan, iaitu ;

Pertama : Siapa yang mengaku dapat merasai manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia.
Kedua   : Siapa yang mengaku redha pada ALLAH padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
Ketiga    : Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin di puji orang.

* Tanda seseorang itu telah tertipu ada tiga ;

Pertama : Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya.
Kedua   : Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.
Ketiga   : Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.

* Dan tanda orang yang mengharap kepada ALLAH s.w.t. itu juga ada tiga ;

Pertama : Hatiya digunakan untuk berzikir (mengingat ALLAH)
Kedua   : Lidahnya untuk berzikir.
Ketiga   : Badannya untuk beramal.

Firman ALLAH s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 31 yang bermaksud ;

" Dan demi sesunggguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman)sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (sehingga) Kami dapat mengesahkan ( benar atau tidaknya) berita-berita keadaan kamu."

Ikhlaskanh Kita Dalam Persahabatan

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain. Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.
 

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..
 
Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…