Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."(selanjutnya....)
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab
dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."MASYALLAH.....Semoga diambil pengajaran daripada kisah ini.
Sabtu, 21 Julai 2012
Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy
Posted by m-amzar at 1:07 PG 0 comments
BIODATA RINGKAS DAJJAL
Sudah lama saya menerima e-mel seorang anak Yahudi yang dilahirkan di Israel (moga Allah memusnahkan negara ini) bermata satu. Ditanya: Inikah Dajjal yang dijanjikan dalam hadis Nabi bahawa ia akan muncul di akhir zaman? Sementelah pula kita memang berada di akhir zaman sekarang. Tanda-tanda kecil Kiamat sudah meratai dan hampir menyeluruh. Hanya menunggu tanda-tanda besar sahaja yang di antaranya Dajjal.
- Dajjal ialah seorang Yahudi
- Disebut juga sebagai al-Masih ad-Dajjal
- Dajjal hanya bermata satu kerana matanya yang sebelah buta
- Ramai pengikutnya Yahudi
- Dajjal akan menguasai dunia untuk satu tempoh masa dengan izin Allah dan mendakwa dirinya Tuhan
- Bakat ilusi dan tipudayanya tersangat hebat yang tidak pernah disaksikan sebelumnya
- Ia akan dibunuh di sebuah kampung bernama Bab al-Lud di Bait al-Maqdis
- Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih
- Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lain
- Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mistik Kabbala dan bertuhankan Lucifer. Simbol mewakili Lucifer ialah mata satu yang bermaksud ‘Tuhan Lucifer’ melihat semuanya. Freemasson (kuda tunggangan Illuminati) juga menggunakan simbol mata satu ini. Aliran Yahudi Kabbala mendapat publisiti meluas di media antarabangsa sejak akhir-akhir ini berikutan penganutan bintang terkemuka penuh kontroversi AS, Madonna yang menjadi pengikut setia dan menyebarkan dakyahnya)
- Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)
Posted by m-amzar at 1:05 PG 0 comments
Amal Yang Membuka Pintu Syurga
Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa yang lebih banyak karena keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun."
Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta’ala."
"Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih. Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.
Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."
Posted by m-amzar at 1:05 PG 0 comments
Cinta Pada Kematian
Ketika orang-orang kafir menyalib Khubaib bin Adyadi atas pohon kurma sebelum membunuhnya, dia sama sekali tidak takut dan gentar. Bahkan dengan mata tajam, ditatap orang-orang kafir sambil berkata:
"Sekelompok pasukan bersekutu berkumpul di sekelilingku dan membentuk satu kumpulan besar. Mereka merasa senang dengan kabilah-kabilah mereka."
"Hanya kepada Allah aku berkeluh kesah tetapi bukan kerana serang yang dilancarkan musuhku pada saat bertempur."
"Aku tidak peduli dengan cara apa aku mati, selama aku mati dalam keadaan Muslim kerana semuanya tetap kembali kepada Allah. Semoga dia memberkati pada setiap tulang dan daging yang tercincang."
Demikian juga Saad bin Abi Waqqash RA ketika menemui raja Parsi. Dengan gagah dia berkata:
"Aku akan datang dengan suatu pasukan yang sangat mencintai kematian, sebagaimana kamu semua cinta pada kehidupan."
Dalam peperangan Uhud, ramai kaum Muslimin terbunuh sementara anak panah pasukan kafir begitu deras menyerang Rasulullah SAW. Saat itu Abu Thalhah RA membuka dadanya menjadi benteng Rasulullah SAW. Dia berkata, "Wahai Rasulullah, anak panah itu tidak akan mengenaimu. Kami akan mengorbankan diri kami, agar engkau tidak terkorban."
Ya, selama kematian membawa keredhaan Allah, ucapkanlah selamat datang kepadanya.
Berbeza dari orang soleh, ahli maksiat dan mereka yang tenggelam dalam syahwat dan kenikmatan dunia amat takut menghadapi kematian. Mereka tidak pernah mengingatinya kerana ketakutan yang luar biasa. Padahal sepatutnya, Allah SWT lebih mereka takuti dari yang lain.
Posted by m-amzar at 1:02 PG 0 comments
Risalah Untuk Penggerak Dakwah
Assalamualaikum w.b.
Kali ini penulis ingin membawa satu kisah yang sememangnya sudah biasa didengari kerana bagi sesiapa yang membaca mana-mana buku sirah Rasulullah S.A.W. maka dia akan dapati kisah ini di dalamnya. Namun begitu, tidak ramai dalam kalangan kita, terutamanya para dai'e mengambil iktibar dari kisah dan nasihat ikon teladan Rasulullah SAW dalam kisah ini, apatah lagi bagi orang yang tidak pernah tahu pun tentang peristiwa ini.
Suatu ketika sebelum hijrah, seperti kebiasaan, Rasulullah akan berehat sebentar setelah selesai solat di kaabah, Masjidil Haram. Tiba-tiba, baginda didatangi oleh seorang sahabat, Khabab bin A'rat. Khabab merupakan salah seorang daripada kalangan sahabat baginda yang teruk menerima seksaan daripada puak musyrikin Quraisy selain Bilal bin Rabah dan keluarga Amar bin Yaser. Beliau sebelum ini bekerja sebagai tukang besi yang membuat senjata di Mekah. Tapi, setelah memeluk Islam, senjatanya sendiri digunakan Musyrikin Quraisy untuk menyeksanya. Dipukul dengan besi panas atau dililit dengan rantai besi yang masih merah membara adalah seksaan biasa selagi mana beliau tidak meninggalkan agama Islam. Pernah suatu ketika beliau "dipanggang" oleh Musyrikin Quraisy sehingga diriwayatkan bara api yang membakarnya terpadam akibat lemak-lemaknya yang cair. Subhanallah..
Ketika Khabab menemui Rasulullah SAW, beliau bertanya kepada baginda mengapa baginda tidak mendoakan kemenangan kepada umat Islam? Mengapa mereka harus menerima seksaan yang begitu pedih daripada musyrikin Quraisy? Sedangkan baginda adalah kekasih Allah Taala, amat mudah bagi Allah Taala untuk memakbulkannya. Kemudian, baginda Rasulullah SAW menjawab, "Kaum sebelum kita ada yang kena tanam dalam tanah hingga ke pinggang, kemudian dia digergaji dari kepala sehingga terbelah dua. Namun mereka masih tetap mentauhidkan Allah Taala. Tetapi kita, hanyalah kaum yang tergesa-gesa".
Nasihat dan motivasi ini secara khususnya memang ditujukan kepada Khabab bin A'rat, tetapisecara umumnya ditujukan kepada seluruh umat Islam sepanjang zaman. Kita sebagai penggerak dakwah seharusnya memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi kerenah dan cabaran dakwah sama ada daripada mad'u, musuh yang membenci dakwah mahupun kerenah sahabat yang sama-sama berjuang di pihak kita. Apa yang penulis boleh highlightkan di sini mengenai perkataan "tergesa-gesa" yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW ialah:
1. Bersabar dengan apa jua cabaran dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah. Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis cabaran sama ada kerenah mad'u, musuh yang membenci dakwah dan tarbiyah, kerenah sahabat sendiri yang mana sama-sama berjuang di pihak kita ataupun masalah yang timbul dari dalam diri kita sendiri.
2. Berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Dai'e perlu tenang dan berfikir dengan matang untuk melakukan apa-apa tindakan dalam proses dakwah dan tarbiyah. Dai'e tidak boleh cepat melatah dan membuta tuli membuat tindakan tanpa memikirkan pro kontra yang akan timbul selepas itu. To do something big we have to think big. Dakwah dan tarbiyah ialah satu perkara yang besear dan memerlukan jangka masa panjang. Sebab itu perjalanan dakwah dan tarbiyah wajib memiliki perancangan yang rapi, strategi yang mantap, dan matlamat yang jelas.
Penulis juga masih mentah dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan masih lagi memerlukan banyak bimbingan dan bantuan daripada dai'e-dai'e yang mursyid dan lebih senior dalam perkara ini. Penulis hanya nasihatkan agar sahabat-sahabat yang berada di atas jalan yang sama agar matang dalam dakwah dan tarbiyah dan jangan cepat melatah dalam bertindak
Posted by m-amzar at 1:01 PG 0 comments
Islam Itu Akan Kembali Asing ; Antara Syadid dan Ketegasan
Terkenang suatu ketika,seorang sahabat mengadu tentang masalahnya,
"Ana tak larat la nak dengar komen orang...Diorang kata ana syadiid"
"Apa yang enta buat??"
"Ana cuma tegur jangan la selalu sangat nyanyi lagu lagha dan jangan la ketawa kuat-kuat sangat, hati mati nanti..Diorang cebik muka lepas tu bila ana keluar dari bilik dengar diorang macam ejek-ejek ana"
"Enta rasa enta syadiid?"
"Ana pun tak tahu la..Kekadang ana rasa jugak yang ana ni tak open minded orangnya..dan ramai orang tak suka ana dengan cara ana macam ni"
"Hmm...Enta rasa enta perlu ubah perangai enta??"
"(mengeluh) huu..Entahlah (--') "
APA ITU SYADID?
Secara umumnya kalimah syadid merupakan salah satu daripada kalimah-kalimah arab yang dimelayukan,ianya dapat diertikan sebagai BERSANGATAN..Atau dalam bahasa REMAJA sekarang ni maksudnya 'OVERLAH'...
Apa tindakan yang orang sering tafsirkan anda ni 'SYADIID LA' ??
-Bila anda mula tegur kesalahan yang orang anggap remeh..Contohnya apa??
"Jangan bising,jangan nyanyi lagu lagha,jangan baca KREKO dll.(sebab tak bermanfaat), Jangan tengok bola (sebab pemain pakai seluar pendek,aurat kan tu) dll."
-Bila semasa bersembang anda tegur kawan 'kalau nak sembang lagha kita stop jer la,lebih baek zikir'
-Bila anda tak bercakap dengan yang berlainan jantina (muslimin-muslimat,muslimat-muslimin) dengan anda..Disuruh pun tak mahu kecuali kalau memang betul-betul perlu..
-Bila anda marah sahabat anda yang mencarut/berbahasa kesat di hadapan anda
-Bila anda jalan asyik tunduk aje takut terpandang sahabat yang berlainan jantina
-Bila anda bercakap dengan yang berlainan jantina anda tak tengok langsung muka dia..Tengok depan,tunduk atau pusing ke tepi =='
-Bila anda tak layan langsung sahabat anda yang berlainan jantina yang nak chat/sms dengan anda perkara-perkara yang anda rasa tak penting untuk dia berhubung dengan anda
Itu antara contoh-contoh syadiid mengikut kajian yang dilakukan di sekolah..Di luar sekolah tak senari lagi :)
Jadi apa yang nak buat kalau anda termasuk dalam golongan tu??Atau anda menghukum golongan seperti ini adalah SYADiiD??
SYADIID,MENOLAK PENGHARMONIAN USLUB DAKWAH??
Suatu ketika Imam Hassan Al-Banna di usia remaja,beliau pernah melakukan kesilapan dalam metodologi dakwahnya.Diringkaskan semasa mengaji di Madrasah Darul Ulum,beliau pernah dipanggil oleh Jabatan Pelajaran di mana ketika itu sedang melakukan lawatan di madrasahnya.
Imam Hassan Al-Banna dimarahi kerana berpakaian jubah dan juga serban.Sedang ketika itu, pelajarnya memakai tarbus dan juga berseluar.Beliau tetap bertegas dengan pendiriannya kerana mengamalkan sunnah nabi.Sampai dilihat ketika itu,hampir berkelagi antara mereka keduanya.Kemudian berlaku juga perkara yang sama sewaktu majlis konvokesyen.Akhirnya, beliau akur dengan nasihat pengetua yang merupakan guru yang sangat dihormati pada ketika itu.
SYADIID DALAM IKHTILAT ;
Sabda Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadith : "...Hendaklah engkau berhati-hati dengan dunia dan wanita,maka sesungguhnya fitnah yang pertama datang dari wanita Bani Israel"(Al-Hadith)
Pabila berbicara bab ikhtilat,pasti ramai yang memberi pendapat kita tidak perlu terlalu syadiid mengikut tafsiran masing-masing...Tidak mengapa,lain orang lain persepsinya.. Namun jika dilihat dari sirah nabawiyah,
Ketikamana Rasulullah S.A.W. keluar dengan isterinya Safiyyah di padang pasir yang gelap gelita apabila ada sahabat yang perasan bila Rasulullah berjalan dengan seorang wanita di padang pasir (walaupun mustahil untuk seorang nabi melakukan maksiat),Nabi tetap membuat penjelasan untuk elakkan fitnah itu. Sabda bagina kemudian ;
"Wahai sahabat-sahabatku,boleh jadi pada waktu ini kamu sudah mengagak aku berjalan bersama isteriku walaupun kamu tidak nampak.Boleh jadi juga syaitan membolak-balikkan hati kamu agar kamu buruk sangka ke atas aku..Maka ketahuilah bahawa bersama aku adalah isteriku Safiyyah"
Yang penting,biarlah apa yang orang kata,anda perlu yakin yang setiap orang tidak terlepas daripada kejahatan lidah manusia...Tegas menyatakan pendirian anda melalui tindakan,namun jangan pula cara dakwah anda menyebabkan fitnah terhadap diri anda dan agama pula...
"Islam itu bermula secara asing,dan akan kembali dalam keadaan yang asing (dipandang pelik dan tidak lagi diamalkan sepenuhnya) .maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Posted by m-amzar at 12:59 PG 0 comments
Makna Dua Kalimah Syahadah
Dua kalimat Syahadat adalah dua perkataan pengakuan yang diucapkan dengan lisan dan dibenarkan oleh hati untuk menjadikan diri sebagai orang islam.
Lafadz dua kalimat syahadat adalah.
"ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLALLAH, WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH."
Artinya:
"Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah."
Jika seseorang yang bukan islam membaca dua kalimat syahadat ini dengan sungguh-sungguh, yaitu membenarkan dengan hati apa yang ia ucapkan, serta mengerti apa yang ia ucapkan, maka masuklah ia ke dalam agama Islam.
Dan ia berkewajiban mengerjakan rukun Islam.
Makna 2 kalimah Syahadat atau Syahadattain adalah:
1. Syahadat Tauhid.
Artinya menyaksikan ke-Esaan Allah SWT.
2. Syahadat Rasul.
Artinya menyaksikan dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Jadi, dua kalimat syahadat ini kudu diucapkan, harus dimengerti artinya dan dibenarkan dalam hati agar sah islamnya.
Kalau hanya diucapkan di lisan tentu semua orang bisa, namun belum tentu hatinya mengerti dan mempercayainya.
Posted by m-amzar at 12:40 PG 0 comments